Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Seorang maut, Hurikan Beryl landa Grenada

    HAVANA, 2 JULAI – Sekurang-kurangnya seorang maut selepas Hurikan Beryl melanda Grenada, kata Perdana Menterinya, Dickon Mitchell pada petang kelmarin.

    Hurikan Beryl melanda Carriacou pada pagi kelmarin dan diklasifikasi sebagai hurikan kategori 4 namun sejak itu dinaikkan ke kategori 5 yang ‘berpotensi membawa malapetaka,’ menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) lewat kelmarin, lapor agensi berita Jerman.

    Beryl membawa angin kencang berkelajuan maksimum 261 kilometer sejam dan dijangka melanda Jamaica hujung minggu ini, menurut NHC.

    Ribut itu menyebabkan kemusnahan di Carriacou dan Petite Martinique, merosakkan banyak kediaman manakala talian elektrik terputus dan komunikasi antara pulau-pulau sukar, kata Mitchell. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...