Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut ketika ribut landa Australia

    MELBOURNE, 2 SEPT – Seorang wanita telah meninggal dunia, sekolah-sekolah telah ditutup dan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik hari ini, ketika ribut melanda Australia.

    Polis berkata wanita berusia 63 tahun itu maut selepas sebatang pokok tumbang dan menimpa sebuah kabin di tenggara negara itu.

    Angin ‘memusnahkan’ dengan kelajuan lebih 110 kilometer sejam melanda wilayah itu, menyebabkan kira-kira 150,000 orang terputus bekalan elektrik. Perdana Menteri Victoria, Jacinta Allan memberikan amaran bahawa gangguan bekalan elektrik mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk dipulihkan.

    “Terdapat beberapa kawasan di mana keadaan terlalu berbahaya untuk melakukan pembaikan,” katanya.

    Sementara itu, kawasan pantai telah dilanda air pasang – dalam beberapa kes menelan beting pasir.

    Orang ramai telah dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak perlu, sementara beberapa sekolah telah ditutup. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda