Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut letupan gegar Kandahar

    KANDAHAR, Afghanistan, 24 Jun – Sekurang-kurangnya seorang penduduk maut dan tiga lagi cedera selepas satu letupan menggegarkan Spin Boldak di Kandahar kelmarin, seorang pegawai berkata.

    “Menurut laporan, seorang penduduk telah terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu letupan yang menggegarkan Spin Boldak tengah hari tadi,” kata pegawai yang enggan dikenali berkenaan memberitahu Xinhua.

    Jurucakap kepada gabenor wilayah, Daud Ahmadi ketika mengesahkan kenyataan itu berkata, satu siasatan telah dijalankan terhadap kes itu dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

    Pada 21 Jun lepas, sekurang-kurangnya 45 anggota tentera Afghanistan maut apabila militan Taliban menyerang pangkalan tentera di Kandahar. – Xinhua

    Seorang anggota pengawal keselamatan Afghan berkawal di sebuah pos kawalan di Kandahar selepas anggota Taliban melancarkan serangan pada 21 Jun lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda