BAITULMAQDIS, 28 April – Dua penduduk Israel antara penganut Yahudi yang cedera dalam serangan hujung minggu ke atas rumah ibadat di California yang membunuh seorang manakala tiga lagi cedera, kata pegawai hari ini. Jurucakap kementerian luar negeri Israel berkata budak perempuan lapan tahun dan bapa saudaranya berusia 31 tahun cedera dalam serangan tembakan di Poway, utara San Diego, kelmarin, berasal dari bandar selatan sempadan Semenanjung Gaza.
“Kedua-duanya berpindah dari Sderot ke San Diego beberapa tahun yang lalu,” kata jurucakap Emmanuel Nahshon dalam satu kenyataan memetik keadaan mereka ‘baik’.
“Seorang mangsa wanita berusia 60 tahun meninggal dunia dalam serangan itu, manakala seorang rabai cedera ketika pengikut meraikan sambutan hari terakhir perayaan Passover,” kata Sherif San Diego, Bill Gore dalam sidang media.
Gore memberitahu wartawan, seorang pemuda John Earnest berusia 19 tahun dari San Diego sudah ditahan susulan kejadian dan siasatan sedang dijalankan terhadap semua aspek dan berkata dia tidak mempunyai rekod tangkapan sebelumnya. – AFP