Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang pelajar terbunuh, 3 cedera dalam insiden serangan pisau

    PARIS, 25 APRIL – Seorang pelajar sekolah menengah telah memasuki sebuah sekolah di Nantes, barat Perancis, dengan membawa pisau dan menikam sekurang-kurangnya empat pelajar kelmarin, lapor media tempatan memetik pihak polis.

    Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan, menurut laporan BFMTV yang memetik pelbagai sumber.

    Menurut BFMTV, guru-guru berjaya menghalang penyerang sebelum pihak polis tiba. Penyerang yang merupakan pelajar tahun kedua sekolah menengah itu kini telah ditahan.

    Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau yang hadir di lokasi kejadian berkata kira-kira 50 penyiasat telah dikerahkan dan telah bekerja tanpa henti sejak kejadian. Lebih 70 sesi temu bual telah dijalankan, tambahnya.

    Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou menyeru agar kawalan keselamatan di sekitar dan dalam kawasan sekolah diperketat susulan serangan tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda