Seorang pesakit COVID-19 meninggal dunia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Satu lagi kes yang disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah kembali ke rahmatullah, pada hari ini, iaitu seorang lelaki berumur 40 tahun yang merupakan Kes 8895.

“Punca kematian bagi kes ini masih dalam siasatan,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sehubungan itu, jumlah keseluruhan kes kematian yang disebabkan oleh COVID-19 kekal seramai 41 orang.

Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam me-ngucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya lagi.