Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Negara Brunei Darussalam setakat jam 12 tengah hari ini tidak mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19, mengekalkan jumlah kes seramai 180 orang dengan tujuh kes masih aktif dan 170 sembuh.
Kementerian Kesihatan melalui siaran akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini mengatakan kes jangkitan terakhir tempatan ialah pada 6 Mei lalu (268 hari lalu) dan kes import semenjak itu ialah sebanyak 39 kes.
Seramai 607 orang kini menjalani pengasingan diri mandatori dan jumlah yang menamatkan penga-singan mandatori sejak Mac 2020 ialah 12,027 orang. Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 242 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 91,214 ujian.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.