Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang terbunuh dalam tembakan di Brussels

    BRUSSELS, 7 FEB – Insiden tembakan keempat di Brussels minggu ini telah meragut satu nyawa, kata pihak berkuasa Belgium hari ini, dengan seorang datuk bandar daerah menyalahkan ‘perang geng’ atas peningkatan keganasan tersebut.

    Pejabat pendakwa raya Brussels mengesahkan kepada AFP mengenai pembunuhan pada waktu malam di daerah kelas pekerja, barat daya Anderlecht, yang pertama kali dilaporkan oleh Datuk Bandar, Fabrice Cumps.

    “Ini mungkin tindakan balas dendam,” kata Cumps kepada penyiar awam RTBF, sambil menuding jari kepada ‘mafia’ yang berperang dalam ‘perebutan kawasan’.

    Brussels telah menyaksikan peningkatan jenayah bersenjata yang dikaitkan dengan pertikaian antara geng dadah saingan.

    Kejadian tembakan di Anderlecht itu berlaku sejurus selepas tiga insiden lain minggu ini.

    Pegawai polis berdiri di kawasan siasatan di kejiranan Cite du Peterbos, tempat seorang lelaki dibunuh dalam insiden tembakan baharu yang dikaitkan dengan penyeludupan dadah di perbandaran Anderlecht, Brussels, kelmarin. – AFP

    Seorang individu cedera di bahagian kaki kelmarin dalam kejadian tembakan berhampiran stesen metro Clemenceau, juga di Anderlecht.

    Sehari sebelumnya, dua lelaki bersenjata mencetuskan operasi pemburuan setelah melepaskan tembakan menggunakan senapang automatik ketika orang ramai
    dalam perjalanan ke tempat kerja pada waktu pagi.

    Sementara itu, insiden tembakan pertama berlaku pada malam Selasa hingga Rabu di Saint-Josse-ten-Noode, utara pusat bandar, mencederakan dua orang.

    Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda