Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang warga Australia ditembak mati di Bali

    DENPASAR, 15 JUN – Seorang lelaki warga Australia ditembak mati manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden tembakan di vila mereka di pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali, awal pagi kelmarin, menurut pihak polis yang kini sedang memburu dua suspek.

    Ketua polis tempatan, Arif Batubara berkata dalam satu kenyataan dua lelaki telah datang ke vila mangsa di daerah Badung, sebuah kawasan tumpuan pelancong, sejurus selepas tengah malam, menceroboh masuk dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

    “Kami masih belum mengetahui motif serangan tersebut,” kata Arif.

    Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Zivan Radmanovic, 32, manakala seorang lagi lelaki, Sanar Ghanim, 34, mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital, jelas Arif.

    “Kami sedang menyiasat lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif serangan itu,” katanya lagi.

    Menurut Arif, berdasarkan keterangan saksi termasuk isteri Radmanovic, penyerang yang melarikan diri selepas kejadian itu bercakap dalam bahasa Inggeris dengan loghat Australia yang pekat.

    Tambahnya, “Kami sedang menyiasat kes ini, meneliti lokasi kejadian dan mencari lebih ramai saksi.” – AFP

    Seorang anggota polis berjalan melewati hadapan sebuah vila di Kampung Munggu, daerah Badung di pulau peranginan Bali, Indonesia, pada 15 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda