Tuesday, January 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang warga Malaysia cedera akibat letupan bom

    PATTANI, 13 JAN – Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada pagi tadi.

    Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan, kata Ketua Polis Mueang Pattani, Kol. Pol. Jeffery Sulaiman.

    “Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

    Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah susulan letupan itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda