Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul bantah garis pandu pendidikan Jepun

    SEOUL, 30 Mac – Korea Selatan memanggil duta Tokyo hari ini untuk membantah berhubung garis pandu pendidikan baharu yang memerlukan pelajar-pelajar sekolah tinggi diajarkan bahawa kepulauan yang dipertikaikan adalah milik Jepun.

    Seoul telah menguasai pulau kecil di Laut Jepun sejak tahun 1945 apabila pemerintahan jajahan kejam Tokyo ke atas pulau itu berakhir.

    Tokyo juga mendakwa kepulauan itu, yang dikenali dengan nama Dokdo di Korea Selatan dan Takeshima di Jepun, menuduh Seoul menduduki kepulauan itu secara haram.

    Korea Selatan dan Jepun adalah negara ekonomi pasaran, demokrasi dan sekutu Amerika Syarikat dan kedua-duanya diancam oleh Korea Utara yang memiliki senjata nuklear, tetapi hubungan mereka begitu tegang dengan isu-isu sejarah dan wilayah.

    Hari ini Tokyo telah meluluskan garis pandu yang memerlukan buku-buku teks sekolah tinggi dan guru-guru memberitahu murid-murid bahawa kepulauan itu adalah milik Jepun, yang memperlihatkan langkah yang digunakan tahun lalu di sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Duta Jepun ke Korea Selatan, Yasumasa Nagamine tiba di Kementerian Luar Negara di Seoul selepas dipanggil kelmarin. – AFP

    Garis pandu itu yang boleh diperolehi di laman sesawang kementerian itu, mengatakan sekolah-sekolah harus ‘memperkenalkan isu-isu yang melibatkan wilayah-wilayah negara kita, seperti Kepulauan Takeshima dan Wilayah Utara, yang menjadi wilayah milik negara kita sendiri’.

    Kenyataan itu ‘tidak munasabah’, Kementerian luar Seoul berkata dalam satu kenyataan, dengan mengatakan Dokdo adalah sebahagian wilayah Korea Selatan yang ‘tidak terpisah’.

    “Kami sekeras-kerasnya menyelar tindakan itu dan dengan serius menggesa bagi penarikan balik segera,” tambahnya, dengan mengatakan Tokyo berusaha ‘menamakan persepsi sejarah yang diputarbelitkan tentang Dokdo kepada generasi masa hadapan’.

    Jepun terlibat dalam pertikaian berasingan dengan China berhubung kepulauan lain, yang mana garis pandu itu mengatakan sekolah-sekolah harus ‘mengajarkan tentang kepulauan Senkaku sebagai wilayah sendiri negara kita dan tidak ada isu kedaulatan wilayah hendak diselesaikan’.

    Seoul dan Tokyo cuba menyelesaikan pertikaian yang telah memakan masa lama berhubung penghambaan seks wanita-wanita Korea ketika peperangan Jepun, dengan perjanjian antara kerajaan dalam tahun 2015.

    Kontroversi penghambaan seks itu telah mencemari hubungan antara kedua-dua negara selama berdekad-dekad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda