Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul bersedia cegah konflik berkaitan isu pemecatan Presiden

    SEOUL, 11 MAC – Polis Korea Selatan bersedia menggunakan semua peralatan yang ada bagi mengelakkan rusuhan apabila mahkamah mengumumkan sama ada ia menyokong pemecatan Presiden negara itu yang digantung tugas, kata ketua polis Seoul kelmarin.

    Mahkamah Perlembagaan dijangka mengumumkan keputusannya mengenai pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol bulan ini berhubung pengisytiharan undang-undang tentera, dengan kedua-dua penyokong dan penentang pemimpin itu bersedia untuk berkumpul di jalan raya Seoul.

    Penggantungan jangka pendek pemerintahan awam Yoon menjerumuskan Korea Selatan ke dalam kancah politik dan beliau telah ditahan dalam serbuan Januari lalu atas alasan pemberontakan, walaupun dibebaskan pada hujung minggu atas sebab-sebab prosedur.

    Penyokongnya telah menyerbu mahkamah Seoul sekali, memecahkan pintu dan tingkap mahkamah daerah di Seoul selepas hakim di sana melanjutkan penahanan Yoon, dan pihak berkuasa telah memberi amaran tentang keganasan semasa keputusan yang bakal diumumkan.

    Pertempuran di dalam dan sekitar Mahkamah Perlembagaan mesti dicegah,” kata Pemangku Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, Park Hyun-soo. – AFP

    Gambar menunjukkan Yoon diiringi oleh kenderaan berhampiran kediaman Presiden di Seoul pada 8 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda