Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul bina roda ferris kedua terbesar di dunia

    SEOUL, 8 MAC – Roda Ferris kedua terbesar di dunia akan dibina di sepanjang Sungai Han di daerah barat Seoul bermula Jun 2025, menurut kerajaan metropolitan Seoul hari ini.

    Seoul Ring, berdiameter 180 meter akan dibina di taman tema Sangamdong serta menawarkan pemandangan menarik ibu kota, lapor Yonhap.

    Ia akan menjadi roda Ferris kedua terbesar selepas Ain Dubai, roda pemerhatian tertinggi dan terbesar di dunia.

    Struktur futuristik itu akan mempunyai 36 kabin, setiap satu mampu menampung 25 penumpang.

    Tarikan pelancong itu juga boleh memuatkan sekitar 1,747 orang sejam dan sehingga 11,792 orang setiap hari.

    Projek bernilai 400 bilion won (AS$304 juta) itu akan dicadangkan di bawah skim bina pindah kendali (BTO). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda