Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul hos rundingan keselamatan tiga pihak

    SEOUL, 29 April – Pegawai kanan pertahanan Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun akan mengadakan forum keselamatan tiga pihak di Seoul minggu depan, lapor agensi berita Yonhap, memetik kementerian pertahanan pada Isnin.

    Meskipun agenda terperinci Rundingan Pertahanan Tiga Pihak ke-10 pada 9 Mei nanti, belum ditetapkan, ketiga-tiga negara dijangka berbincang mengenai kaedah meningkatkan hubungan ketenteraan dan isu Korea Utara.

    Mula diadakan pada 2008, forum tahunan itu sebagai platform untuk membincangkan isu utama membabitkan keselamatan serantau termasuk program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

    Perbincangan pada minggu depan itu berlangsung ketika hubungan ketenteraan antara Korea Selatan dan Jepun berdepan kemelut. Pada Disember, Jepun mendakwa sebuah kapal perang Korea Selatan menetapkan sasaran radar ke arah kapal peronda negara itu.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda