Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul lancar pusat panggilan 24 jam

    SEOUL, 21 OKT – Kerajaan Bandar Raya Seoul akan melancarkan pusat panggilan sepanjang masa untuk warganya yang berdepan dengan kesunyian dan hidup terasing pada tahun depan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani masalah sosial yang semakin meningkat.

    Pelan ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah bandar di mana ‘tiada siapa yang kesunyian’ dengan menangani kesunyian secara sistematik pada peringkat awal, mencegah orang ramai daripada terjerumus ke dalam pengasingan sosial dan pengasingan diri, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai bandar raya itu hari ini.

    Bagi pelan ini, bandar raya ini akan melabur 451.3 bilion won (AS$329.9 juta) dalam tempoh lima tahun, bermula dengan pelancaran pusat panggilan 24 jam yang dinamakan Goodbye to Isolation 120, pada April tahun depan, untuk mereka yang berdepan dengan kesunyian.

    Bandar raya itu juga akan mula mengendalikan Kedai Serbaneka Seoul di empat lokasi pada tahun depan, menyediakan ruang untuk sesiapa sahaja datang dan bergaul sambil menikmati Seoul Ramyeon, jenama yang dilancarkan oleh bandar raya itu.

    “Kesunyian dan pengasingan adalah cabaran yang harus diselesaikan bersama dalam masyarakat. Kami akan menggerakkan semua kapasiti bandar untuk merealisasikan ‘Seoul tanpa kesunyian’,” kata Datuk Bandar Seoul, Oh Se Hoon. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda