SEOUL, 30 Dis – Korea Selatan merampas dan memeriksa sebuah kapal yang didaftarkan di Hong Kong pada bulan lalu kerana memindahkan produk minyak ke dalam kapal Korea Utara dan melanggar sekatan PBB, kata pegawai kementerian luar negara kelmarin.
The Lighthouse Winmore, yang disewa oleh sebuah syarikat dan membawa sekitar 600 tan produk minyak dari Pelabuhan Yeosu, Korea Selatan dan memindahkan sebahagian kargo ke kapal Korea Utara pada 19 Oktober, kata pegawai itu.
Pihak berkuasa kastam Korea Selatan telah merampas dan memeriksa kapal tersebut apabila ia kembali ke Pelabuhan Yeosu pada 24 November, katanya. (Klik di sini untuk berita lanjut)