Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul rekod malam tropika paling panjang 2024

    SEOUL, 23 OGOS – Ibu negara Korea Selatan, Seoul, merekodkan malam tropika terpanjangnya tahun ini, dengan suhu semalaman melebihi 25 darjah Celsius, agensi berita Yonhap memetik agensi cuaca hari ini.

    Suhu di Seoul kekal melebihi 25 darjah Celsius mulai 6:01 petang kelmarin hingga 9 pagi hari ini, melanjutkan fenomena malam tropika di bandar itu, yang bermula pada 21 Julai, kepada 33 hari berturut-turut.

    Termasuk tiga malam tropika yang berlaku sebelum 21 Julai, jumlah malam tropika di Seoul mencecah 36 malam pada tahun ini.

    Ia setara dengan rekod tertinggi 36 malam tropika yang dikira pada 1994, yang merupakan tempoh paling lama sejak pemerhatian cuaca moden bermula di Seoul pada 1907.

    Fenomena malam tropika di Seoul diramal berterusan sepanjang hujung minggu ini.

    Di pulau peranginan selatan Jeju, malam tropika berlangsung selama 39 hari berturut-turut, menandakan tempoh kedua terpanjang untuk pulau itu.

    Agensi cuaca itu meramalkan bahawa suhu tertinggi pada hari ini dianggarkan pada julat 31-36 darjah Celsius di seluruh negara. – Xinhua

    Kanak-kanak bermain di air pancut di tengah-tengah gelombang panas di Seoul, Korea Selatan, pada 16 Ogos lalu. – Xinhua

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda