SEOUL, 29 APRIL – Seoul akan memasang sistem Wi-fi empat kali lebih pantas berbanding biasa di kawasan tumpuan umum, lapor agensi berita Yonhap.
“Wi-fi 6, empat kali lebih pantas berbanding sistem Wi-fi biasa. Teknologi terbaru ini juga lebih selamat daripada penggodam dan penyadapan wayar,” kata perbandaran Seoul dalam satu siaran akhbar.
Projek itu akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan sebelum penilaian dibuat dan melantik pembekal. Ia merupakan sebahagian rancangan menjadikan Seoul ‘bandar pintar’.
Pada Oktober, perbandaran itu mengumumkan rancangannya memperluas kawasan yang mempunyai akses Wi-fi dan stesen pangkalan untuk teknologi Internet Benda menjelang 2022, membabitkan peruntukkan berjumlah 102.7 juta won (AS$84.2 juta). – Bernama