Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepak Takraw Piala Asia: Kuadran Malaysia, Jepun berentap di final

    KUALA LUMPUR, 12 MEI – Malaysia mencapai sasaran melangkah ke final acara kuadran selepas menundukkan Korea Selatan 2-0 pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 dalam suasana penuh debaran di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

    Berbekalkan sorakan padu penonton, Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abdul Razak dan Muhammad Shahalril Aiman Halim menyumbang mata pertama negara menerusi kemenangan 15-13.

    Korea Selatan cuba bangkit untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, namun kesilapan servis dilakukan pemainnya terpaksa merelakan Malaysia meraih kemenangan dengan 15-8.

    Kemenangan itu menyaksikan anak buah Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman menempah pertemuan menentang Jepun malam ini, yang mengejutkan naib juara Piala Dunia Sepak Takraw di Bihar Mac lepas iaitu Vietnam, 15-12, 15-11 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

    Apit kiri negara Norfaizzul dalam pada itu berkata kemaraan skuad negara ini hasil usaha sepasukan.

    “Alhamdulillah mara ke final dan agak terkejut dengan kekalahan Vietnam kepada Jepun sebab kita tahu mereka lebih berpengalaman dalam acara kuadran. – Bernama

    Aksi Muhammad Afifuddin cuba membuat libasan bola ke arah benteng pasukan Korea Selatan pada Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda