BAFOUSSAM, CAMEROON, 11 JAN – Sadio Mane menyelamatkan Senegal dengan sepakan penalti pada minit ke-97 perlawanan untuk menewaskan Zimbabwe 1-0 di Piala Negara-Negara Afrika kelmarin.
Manakala, Morocco memenangi perlawanan pertamanya hasil dari gol lewat menewaskan Ghana dengan 1-0.
Kedua-dua perlawanan tidak mempamerkan aksi bola sepak berkualiti walaupun mereka melibatkan tiga pasukan pencabar kejuaraan tetapi mereka tidak mengecewakan peminat di Cameroon kerana kedua-duanya dimainkan di hadapan penonton.
Kehadiran yang merosot apabila negara tuan rumah tidak bermain adalah masalah yang berterusan untuk Piala Afrika. Tahun ini, hanya orang yang mendapat vaksinasi COVID-19 lengkap dan boleh menunjukkan bukti ujian negatif dibenarkan masuk ke stadium.
Sekatan ketat dilaksanakan kerana varian Omicron, bermakna peminat mungkin dihadkan daripada biasa.
Keramaian penonton akan dihadkan kepada 60 peratus kapasiti stadium untuk semua perlawanan tidak termasuk pasukan tuan rumah. Namun, tiada satu pun daripada stadium yang digunakan untuk empat perlawanan pada hari kedua kejuaraan itu hampir 60 peratus penuh.
Senegal, pasukan ranking teratas Afrika, memulakan kempennya dengan kemenangan yang tidak meyakinkan dalam kumpulan B menentang Zimbabwe yang berada dalam ranking ke-101 di bawah mereka. Ia adalah satu kemenangan ketika Senegal mengintai kejayaan walaupun bermain tanpa penjaga gol, Edouard Mendy dan kapten pasukan, Kalidou Coulibaly, yang telah disahkan positif virus itu.
Pasukan lain juga bermain tanpa pemain utama mereka kerana ujian positif virus seperti yang mungkin perlu dilakukan oleh ramai sepanjang kejohanan selama sebulan. Gabon kehilangan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan pemain tengah Nice, Mario Lemina apabila menewaskan pasukan baharu menyertai kejohanan Comoros 1-0 pada perlawanan terakhir hari itu.
Setiap perlawanan berakhir dengan jaringan 1-0 ketika Guinea menewaskan Malawi dalam perlawanan lain.
Mane berjaya mengelirukan penjaga gol, Petros Mhari ke arah yang berbeza dan melakukan sepakan penalti ke sudut kiri di Stadium Kouekong, barat Cameroon.
Penyerang Liverpool itu mengambil peluangnya selepas pemain tengah Zimbabwe, Kelvin Madzongwe dihukum kerana bola terkena tangan pada minit keempat terakhir ketika perlawanan tiba-tiba berakhir dengan drama. – AP