Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanduk pro-Palestin PSG dipersoal

    ISTANBUL, 8 NOV – Perancis kelmarin menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap ‘tidak boleh diterima’, oleh para penyokong semasa perlawanan, lapor Agensi Anadolu (AA).

    “Saya meminta PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab memastikan bahawa politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.

    Sepanduk ini tidak sepatutnya berada di stadium, dan mesej sebegini juga dilarang oleh peraturan Liga dan UEFA,” kata Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau dalam kenyataan di X.

    Retailleau berkata jika kejadian serupa berlaku lagi, kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan untuk melarang sepanduk bagi kelab yang gagal menguatkuasakan peraturan.

    Penyokong PSG mempamerkan sepanduk sebagai solidariti dengan Palestin dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA pada Rabu menentang Atletico Madrid.

    Penyokong mengangkat sepanduk besar bertulis Free Palestine dalam Bahasa Inggeris, dan sepanduk kecil bertulis Battle on the field but peace in the world dalam Bahasa Perancis sebelum perlawanan bermula di Stadium Parc des Princes.

    Sepanduk besar itu turut memaparkan imej Masjid Kubah Batu di Baitulmuqaddis serta bendera Palestin dan Lubnan. – Bernama

    Penyokong pamer sepanduk “Bebaskan Palestin” menjelang perlawanan bola sepak antara PSG dan Atletico Madrid, di stadium Parc des Princes, Paris pada 6 November.  – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda