Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol ambil alih pengerusi EU

    VIENNA, 17 FEB – Sepanyol yang akan mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Eropah (EU) mahu blok itu menjadi lebih bebas dan matlamat itu boleh dicapai dengan mengukuhkan sektor perindustrian, kata Perdana Menteri, Pedro Sanchez pada Khamis.

    Sanchez berada di Vienna untuk bertemu dengan Canselor, Karl Nehammer sempena bermulanya siri lawatannya ke ibu kota Eropah sebagai persiapan untuk Sepanyol mengambil alih jawatan presiden Majlis EU, pada Julai, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

    Merujuk pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, Sanchez berkata, “Jika kita belajar sesuatu daripada perang di Ukraine, kita perlu meningkatkan autonomi strategik kita.”

    Sanchez turut memetik isu kekurangan pelitup muka dan peralatan perubatan semasa pandemik antara contoh betapa perlunya Eropah menjadi lebih berdikari.

    “Kami belajar daripada wabak itu, kami belajar akibat perang, bahawa kami perlu mengindustrikan semula Eropah,” kata Sánchez. Ini mesti dilakukan melalui perubahan alam sekitar dan ekonomi, bukan perlindungan,” katanya.

    Beliau juga berkata EU perlu mencari jalan untuk mencari sekutu di wilayah lain.

    Sepanyol mengambil alih jawatan presiden Majlis EU daripada Sweden pada separuh kedua tahun ini. – Bernama

    Perdana Menteri Pedro Sanchez mengadakan sidang media selepas bertemu dengan rakan sejawatan Slovenia di Istana Brdo, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda