Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sepanyol bergelut kawal kebakaran hutan

    MADRID, 16 JUN – Perkhidmatan kecemasan memerangi beberapa kebakaran hutan kelmarin ketika Sepanyol kekal dalam cengkaman gelombang haba luar biasa yang menyaksikan suhu mencecah 43 darjah Celsius.

    Kebakaran paling membimbangkan, berhampiran Baldomar di Catalonia, telah memusnahkan 500 hektar hutan tetapi berpotensi merebak kepada lebih 20,000 hektar, menurut kenyataan kerajaan di wilayah barat laut.

    Belum ada pemindahan penduduk yang dilaksanakan setakat ini tetapi pihak berkuasa Catalan telah mula mengepung beberapa buah kawasan kediaman sebagai langkah berjaga-jaga. Di wilayah Lerida, di mana Baldomar terletak, suhu dilaporkan mencecah sehingga 41 darjah Celsius kelmarin.

    Manakala pejabat meteorologi Sepanyol, AEMET juga meramalkan suhu akan melebihi 40 darjah Celsius di Badajoz di barat daya dan Zaragoza di timur laut. Dua lagi kebakaran hutan dilaporkan marak di Catalonia pada pagi kelmarin, di wilayah Lerida dan Tarragona, serta telah memusnahkan hampir 300 hektar kawasan, kata pihak berkuasa Catalan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...