Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol berjaya melangkah ke final

    TOKYO, 4 OGOS – Sepanyol akan bermain menentang pasukan juara bertahan, Brazil di peringkat akhir perlawanan bola sepak lelaki Sukan Olimpik selepas Marco Asensio membantu pasukannya meraih kemenangan pada masa tambahan kelmarin untuk melengkapkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan tuan rumah Olimpik, Jepun di Saitama.

    Pemain sayap Real Madrid itu diturunkan dari bangku simpanan dan membuat percubaan menarik pada minit ke-115, memimpin Sepanyol untuk meraih pingat emas pertama di Olimpik sejak mereka menamatkan Sukan Olimpik 2000 di Sydney di kedudukan naib juara.

    Jepun akan bertemu Mexico untuk memburu pingat gangsa pada Jumaat. Mexico tewas 4-1 menerusi penentuan penalti di tangan Brazil di Kashima setelah bermain 120 minit tanpa sebarang gol.

    Pada perlawanan sebelumnya Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan pada saat akhir perlawanan ketika menentang Ivory Coast sebelum berjaya melakar kemenangan 5-2 pada masa tambahan. Pada perlawanan menentang Jepun, mereka mempunyai lebih banyak peluang dalam tempoh 90 minit perlawanan namun gagal menghasilkan sebarang gol.

    Penjaga gol Jepun, Kosei Tani mempamerkan aksi menyelamat penting untuk menafikan Rafa Mir dari mencipta gol pada separuh masa pertama, sementara campur tangan VAR menafikan keputusan penalti kepada Sepanyol selepas kekasaran dilakukan olej Maya Yoshida terhadap Mikel Merino. Takefusa Kubo membuat percubaan namun ditepis oleh Unai Simon sebelum Jepun bertahan untuk serangan pada lewat perlawanan. Kou Itakura berjaya menghalang percubaan Martin Zubimendi sebelum Mir membuat percubaan. – AFP

    Aksi pemain Sepanyol, Marco Asensio semasa pertemuan menentang Jepun, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda