Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol, Brazil akan anjur perlawanan persahabatan antiperkauman

    MADRID, 13 JUN – Persekutuan bola sepak Sepanyol dan Brazil hari ini membentangkan rancangan mereka untuk perlawanan persahabatan di Santiago Bernabeu pada Mac 2024 bagi memerangi perkauman, selepas kemarahan global berikutan penganiayaan terhadap Vinicius Junior dari Real Madrid.

    Pemain sayap Brazil, 22, menjadi mangsa penganiayaan berunsur perkauman oleh penyokong Valencia pada Mei, mencetuskan kemarahan di seluruh dunia selepas dia bertelagah dengan penyokong.

    Presiden persekutuan Sepanyol, Luis Rubiales dan rakan sejawatannya dari Brazil, Ednaldo Rodrigues mendedahkan rancangan mereka untuk perlawa-nan tersebut di stadium Madrid, bersama pemain antarabangsa Sepanyol, Ansu Fati dan Rodrigo Moreno.

    “Saya ingin mengumumkan bahawa perlawanan menentang perkauman antara Sepanyol dan Brazil akan diadakan di Santiago Bernabeu,” kata Rubiales dalam sidang media.

    “Ia adalah pentas yang ideal untuk pertemuan antara dua pasukan terbaik di dunia.”

    Rubiales juga berkata perlawanan yang akan berlangsung pada Mac bergantung kepada kelayakan Sepanyol secara langsung ke Euro 2024, kerana tarikh tersebut mungkin diperlukan untuk play-off jika tidak. (Perlawanan ini adalah) satu cara untuk mengatakan ‘cukup’,” kata Rodrigues.

    “Ia melindungi kegembiraan dalam bola sepak kami, (dan menunjukkan) bahawa sikap tidak bertoleransi dan kelakuan ini tidak boleh diterima.” – AFP

    Gambar fail bertarikh 23 Mei 2023 menunjukkan grafiti yang menggambarkan pemain bola sepak Brazil, Vinicius Junior di sebelah rumah datuk dan neneknya di kawasan kejiranan kampung halamannya di Sao Goncalo, Rio de Janeiro, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda