Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol catat bulan Ogos terpanas pada 2024

    MADRID, 3 SEPT – Sepanyol menyaksikan bulan Ogos paling panas sejak rekod untuk 2024 dimulakan, dengan suhu purata mencecah 25 darjah Celsius, kata agensi cuaca negara.

    “Ogos 2024 adalah yang paling panas dalam sejarah di tanah besar Sepanyol,” kata agensi meteorologi AEMET dalam catatan di X, pada petang kelmarin.

    Suhu purata adalah dua persepuluh lebih tinggi daripada 2003 dan 2023, yang sebelum ini merupakan Ogos paling panas di negara tersebut, katanya.

    Berdasarkan suhu yang direkodkan setakat tahun ini, 2024 boleh menjadi tahun paling panas di Sepanyol sejak rekod bermula, terikat dengan 2022, kata agensi itu.

    Sehingga kini, 2022 adalah tahun paling panas dalam rekod, dengan purata suhu pada 15.7 darjah Celsius.

    Pada bulan Ogos, pemantau iklim Kesatuan Eropah, Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus, berkata bahawa kemungkinan besar 2024 akan menjadi tahun paling panas dalam rekod di seluruh dunia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda