Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol catat hari terpanas bulan Mei

    BARCELONA, 2 JUN – Sepanyol mencatatkan hari paling panas dalam bulan Mei pada Jumaat lalu, dengan purata suhu melebihi 24 darjah Celsius, menurut agensi kaji cuaca kebangsaan AEMET hari ini.

    Purata suhu di seluruh negara mencecah 24.08 darjah Celsius, memecahkan rekod terdahulu bagi bulan Mei iaitu 23.73 darjah Celsius yang dicatat pada 21 Mei 2022, berdasarkan data awal daripada agensi berkenaan.

    “Ini merupakan hari paling panas bagi bulan Mei di tanah besar Sepanyol sejak siri data bermula pada tahun 1950,” tulis AEMET di media sosial.

    Purata suhu pada Sabtu pula mencecah 23.91 darjah Celsius, menjadikannya hari kedua terpanas bagi bulan Mei yang pernah direkodkan.

    Jisim udara panas yang bergerak ke utara dari Afrika telah menyebabkan suhu di beberapa kawasan di Sepanyol meningkat lebih 10 darjah Celsius melebihi paras biasa bagi waktu ini.

    Suhu melebihi 40 darjah Celsius dicatat di beberapa kawasan di wilayah selatan Andalusia.

    Walaupun luar biasa, ia bukan kali pertama Sepanyol mengalami suhu tinggi yang melampau pada bulan Mei. Kejadian serupa berlaku pada tahun 2015 dan 2022, menurut AEMET. – AFP

    Penduduk Sepanyol melindungi diri daripada panas matahari dengan memakai topi di Seville pada 31 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda