Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol catat rekod paling panas bulan ini

    MADRID, 28 JAN – Bandar pantai Mediterranean Sepanyol, Valencia, mencatatkan suhu Januari paling panas dalam tempoh lebih 150 tahun kelmarin, dengan bacaan mencecah 26.9 darjah Celsius, menurut agensi cuaca nasional, AEMET.

    Rekod itu memecahkan rekod suhu tertinggi sebelumnya, 26.6 darjah Celsius, yang direkodkan pada 22 Januari 2018, berdasarkan data yang dimulakan sejak 1869, menurut catatan AEMET di platform X.

    Angin barat menyumbang kepada suhu luar biasa panas di kawasan pantai, dengan beberapa tempat mengalami malam paling panas dalam rekod dari Ahad hingga kelmarin, kata persatuan cuaca Valencia, Avamet.

    Sepanyol berada di barisan hadapan krisis iklim, dengan gelombang haba yang lebih panjang, lebih teruk dan lebih kerap melanda negara itu. Lautan telah menyerap 90 peratus haba berlebihan yang dihasilkan oleh aktiviti manusia sejak bermulanya era perindustrian, menurut saintis.

    Laut Mediterranean yang semakin panas juga menjadi punca ribut Oktober yang dahsyat, mencetuskan banjir paling buruk di Sepanyol dalam beberapa dekad.

    Wilayah Valencia mencatatkan hampir semua 232 mangsa korban akibat bencana tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda