Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol dilanda cuaca paling panas bulan April

    MADRID, 8 MEI – Sepanyol yang dilanda kemarau berkata April adalah bulan paling panas dan kering sejak rekod bermula pada 1961.

    Agensi Meteorologi Negeri, yang dikenali dengan akronim Sepanyol AEMET, berkata hari ini purata suhu harian pada bulan April ialah 14.9 darjah Celsius, iaitu 3 darjah Celsius melebihi purata.

    AEMET berkata purata suhu maksimum pada bulan itu meningkat sebanyak 4.7 Celsius.

    Hujan adalah satu perlima daripada apa yang biasanya dijangkakan pada bulan itu, menjadikannya April paling kering dalam rekod di Sepanyol.

    Tahun lepas adalah yang paling hangat di Sepanyol sejak catatan rekod bermula pada 1961, dan juga yang keenam paling kering di negara itu.

    Hujan yang sedikit selama tiga tahun dan suhu tinggi menyebabkan negara secara rasmi mengalami kemarau jangka panjang awal tahun ini.

    Kajian oleh sekumpulan saintis antarabangsa minggu lalu mendapati bahawa suhu April yang memecahkan rekod di Sepanyol, Portugal dan utara Afrika adalah 100 kali lebih berkemungkinan dicetuskan oleh perubahan iklim berpunca daripada manusia dan hampir mustahil pada masa lalu.

    Kerajaan telah meminta dana kecemasan daripada Kesatuan Eropah untuk menyokong petani dan penternak yang tanamannya terjejas oleh fenomena tersebut. – AP

    Tanaman digambar di atas tanah rekah selepas paras air menurun di empangan Sau, 100km dari utara Barcelona, Sepanyol pada 18 April 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda