Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sepanyol dilanda gelombang panas

    MADRID, 20 MEI – Satu gelombang haba yang luar biasa mencetuskan suhu melampau di sebahagian besar kawasan Sepanyol hari ini, menjadikan bulan Mei bulan paling panas pada abad ini.

    Agensi meteorologi Sepanyol AEMET berkata gelombang haba itu, berpunca daripada jisim udara panas yang datang dari Afrika Utara, telah mencetuskan suhu tinggi sehingga 15 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata pada musim ini. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Andalusia di selatan, Extremadura di tenggara, Madrid dan Castilla La Mancha di tengah dan Aragon di tmur laut.

    Suhu dijangka mencecah 39 darjah Celsius di Zaragoza di timur laut, 38 darjah di Seville di selatan dan 34 darjah di Madrid, keadaan panas yang lebih lazim dialami pada pertengahan musim panas daripada pada pertengahan Mei.

    Gelombang haba telah menjadi fenomena lebih kerap disebabkan perubahan iklim, menurut ahli sains. Ketika suhu global naik, gelombang haba juga diramalkan menjadi lebih kerap dan lebih panas, dan kesan mereka dijangka lebih meluas.

    Kementerian kesihatan Sepanyol menggesa penduduk supaya meminum lebih banyak air, mengurangkan aktiviti fizikal dan tinggal di tempat sejuk ‘seberapa banyak mungkin.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...