Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol dilanda kebakaran hutan

    MADRID, 7 OGOS – Tiga kebakaran hutan yang memusnahkan lebih 1,000 hektar di Sepanyol pada hujung minggu berjaya dikawal hari ini tetapi negara itu masih diletak di bawah amaran cuaca panas yang tinggi ketika ia menghadapi gelombang panas ketiga pada musim panas.

    Wilayah Andalusia di selatan, Castilla-La Mancha tengah dan Extremadura di barat diletakkan dalam amaran jingga dengan suhu dijangka mencecah 43 darjah Celsius hari ini, menurut agensi cuaca kebangsaan Aemet.

    Ia merupakan gelombang panas musim panas ketiga yang melanda semenanjung Iberia, yang dijangka berlarutan sehingga Khamis.

    Kebakaran yang berlaku kira-kira 10 kilometer dari bandar pesisir pantai Cadiz, destinasi popular pelancong di Lautan Atlantik, telah stabil menjelang tengah malam kelmarin, kata perkhidmatan bomba Infoca di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Satu lagi kebakaran, juga berjaya dikawal, telah memusnahkan kira-kira 450 hektar kawasan berhampiran bandar barat daya Huelva antara Sabtu dan Ahad.

    Di Catalonia, di pantai Mediterranean berhampiran sempadan Perancis, anggota bomba bertungkus-lumus sejak Jumaat untuk memadamkan kebakaran, usaha yang semakin rumit disebabkan tiupan angin. – AFP

    Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran hutan di kawasan hutan di Puerto Real, berhampiran Cadiz, 6 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda