Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol hulur bantuan bulanan kepada pelarian Ukraine

    ANKARA, 2 OGOS – Pelarian Ukraine di Sepanyol akan menerima bantuan kerajaan berjumlah €400 (AS$410) sebulan.

    Bantuan itu akan diberikan kepada rakyat Ukraine yang telah mendapat perlindungan sementara di Sepanyol dan tidak mempunyai masalah kewangan, lapor agensi Anadolu.

    Kerajaan meluluskan dekri Diraja kelmarin, menurut Kementerian Kemasukan, Keselamatan Sosial dan Migrasi.

    Tambahan €100 (AS$102) akan diberi untuk setiap tanggungan bawah umur.

    Bulan lalu, menurut kerajaan lebih 130,000 pelarian dari Ukraine mendapat perlindungan sementara di Sepanyol sejak konflik dengan Rusia tercetus. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda