Friday, January 24, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol juara Liga Negara-Negara

    ANKARA, 19 JUN – Pasukan bola sepak Sepanyol muncul juara Liga Negara-Negara (UEFA Nations League) 2023 pada Ahad selepas menundukkan Croatia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

    Perlawanan akhir itu berlangsung di Stadium Feyenoord Rotterdam yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga masa tambahan tamat.

    Keputusan itu memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

    Gol Sepanyol dihasilkan oleh Joselu, Rodri, Mikel Merino, Marco Asensio dan Dani Carvajal manakala sepakan Aymeric Laporte gagal menembusi gawang apabila terkena palang gol.

    Sementara Nikola Vlasic, Marcelo Brozovic, Luka Modric dan Ivan Perisici menyumbang gol kepada pasukan Croatia, lapor Agensi Anadolu. 

    Kemenangan itu membolehkan Sepanyol menambah koleksi kejuaraan mereka selepas menjuarai  UEFA EURO 1964, 2008 dan 2012. 

    Pasukan Sepanyol itu memenangi Liga Negara-Negara buat kali pertama dan Croatia pulang dengan pingat perak.

    Pertandingan bola sepak antarabangsa dwitahunan itu bermula pada 2018, sebelum ini dimenangi oleh Portugal pada 2019 dan Perancis pada 2021. – Bernama

    Pemain-pemain Sepanyol meraikannya dengan trofinya selepas memenangi perlawanan bola sepak akhir Liga Negara-Negara menentang Croatia di stadium De Kuip di Rotterdam, Belanda, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda