Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol kawal kebakaran hutan besar di Madrid

    MEXICO CITY, 18 JULAI – Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mengkritik keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk terus menutup sempadannya kepada kemasukan lembu dari Mexico ekoran wabak larva lalat, dengan mengatakan langkah itu tidak berasaskan bukti saintifik dan mungkin bermotifkan politik, lapor Xinhua.

    heinbaum dalam sidang media hariannya kelmarin menegaskan serangga perosak itu dikesan di selatan Mexico iaitu lebih 1,000 kilometer dari negeri pengeluar lembu di utara yang terjejas akibat sekatan AS dan menggesa Washington untuk menjelaskan kriteria kesihatan yang digunakan bagi menyokong larangan berkenaan.
    “Ini nampaknya lebih kepada isu politik. Ia boleh ditafsirkan sebagai isu politik terhadap

    Mexico, tetapi jangan lupa pilihan raya AS akan diadakan dalam masa setahun,” katanya.
    Beliau turut mengkritik beberapa tokoh politik AS yang sering menjadikan Mexico sebagai ‘pinata’ dalam kempen pilihan raya dan memberi amaran agar tidak mengeksploitasi isu dua hala demi kepentingan politik domestik.

    Di sebalik kritikan itu, Sheinbaum berkata Setiausaha Pertanian Mexico, Julio Berdegue

    sedang berbincang dengan rakan sejawatannya dari AS, Brooke Rollins, bagi meneruskan rundingan dan mengelakkan sekatan lanjut terhadap eksport lembu.

    Sheinbaum turut mengesahkan yang AS bersetuju untuk melabur AS$30 juta bagi membina sebuah kemudahan pengeluaran lalat steril di Mexico iaitu kaedah biologi penting dalam usaha membasmi larva lalat. Kemudahan itu dijangka siap dalam tempoh kurang daripada setahun. – Bernama

    Sebuah pesawat pemadam kebakaran menggugurkan air semasa usaha memadamkan kebakaran berhampiran Navalcarnero, di pinggir Madrid, Sepanyol pada 17 Julai 2025. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda