PARIS, 13 JUN – Sepanyol berjaya memenangi perlawanan kedua dalam Liga Negara-Negara menewaskan Republik Czech 2-0, sementara saingan mereka, Portugal gagal mendapatkan satu gol selepas 57 saat dan akhirnya tewas kepada Switzerland, kelmarin.
Sepanyol mendahului perlawanan selepas 24 minit sepak mula, apabila hantaran daripada Marco Asensio memberikan Carlos Soler peluang untuk menjaringkan gol.
Kemudian, Pablo Sarabia pula berjaya menambah gol kedua untuk pasukannya pada minit ke-75 apabila Sepanyol memiliki kelebihan menentang pasukan Czech selepas perlawanan mereka terikat seri pada minggu lalu di Prague.
Walaupun meraih kemenangan, Sepanyol juga tidak melupakan beberapa penyelamatan yang dilakukan oleh penjaga gol mereka, Unai Simon.
Dia menghalang percubaan daripada Vaclay Cerny pada minit ke-18 dan dua minit kemudian, berjaya membuat penyelamatan terhadap percubaan Jan Kuchta.
Sementara itu, di Geneva, Switzerland mendahului selepas hanya 57 saat menentang pasukan Portugal yang beraksi tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo, ketika Haris Seferovic menjaringkan gol hasil daripada hantaran Silvan Widmer.
Penjaga gol gantian Portugal, Pepe membuat 128 kali penampilan antarabangsa dan mereka tidak bernasib baik kerana tidak meraih sesuatu daripada perlawanan tersebut setelah penjaga gol Switzerland, Jonas Omlin berjaya membuat penyelamatan terhadap percubaan Danilo dan Bernardo Silva.
Kemenangan yang diraih oleh Switzerland itu menjadi pembangkit semangat mereka setelah mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan sebelumnya.
Sepanyol kekal berada di kedudukan teratas dalam carta Kumpulan A2 dengan memperoleh lapan mata daripada empat perlawanan, sementara Portugal kekurangan satu mata di belakang. – AFP
