Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol larang daftar kelahiran anak ibu tumpang di luar negara

    MADRID, 1 MEI – Kerajaan sayap kiri Sepanyol menerbitkan dekri hari ini melarang pendaftaran kelahiran anak damit yang dilahirkan di luar negara oleh ibu tumpang, satu amalan yang diharamkan di negara itu di bawah undang-undang 2006.

    Arahan itu menghendaki orang yang telah memperoleh anak daripada ibu tumpang untuk membuktikan hubungan biologi kepada diri mereka sendiri atau sebaliknya secara rasmi mengambil anak itu untuk merekodkan kelahirannya dalam daftar sivil.

    Sijil atau perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh negara asing tidak akan diterima dalam apa jua keadaan oleh pendaftar sivil dalam kes sedemikian, kata dekri itu, yang diterbitkan dalam jurnal rasmi Sepanyol. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda