Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol larang penjualan HTP

    MADRID, 17 JAN – Kerajaan Sepanyol kelmarin meluluskan dekri yang melarang penjualan produk tembakau berperisa yang dipanaskan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan penggunaan tembakau, kata kementerian kesihatan.

    Produk tembakau yang dipanaskan, atau HTP, menggunakan haba yang tinggi untuk membebaskan nikotin daripada daun tembakau melalui proses yang dipanggil pirolisis, yang tidak menyebabkannya terbakar, oleh itu mengelakkan pembentukan asap.

    Alternatif yang semakin popular untuk tembakau konvensional ini sering dikelirukan dengan e-rokok, yang memanaskan cecair yang mungkin mengandungi nikotin tetapi tidak melibatkan daun tembakau.

    Dekri itu juga memerlukan pembungkusan produk tembakau yang dipanaskan untuk memaparkan amaran kesihatan yang sama seperti produk tembakau lain, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

    Penggunaan perisa dalam produk tembakau lain seperti penapis rokok dan kertas penggulung juga diharamkan oleh dekri tersebut.

    Walaupun kadar merokok di Sepanyol telah menurun dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan perokok tetap kekal tinggi.

    Kira-kira satu daripada empat orang dewasa di Sepanyol (26 peratus) menggunakan tembakau setiap hari, menurut angka terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berbanding purata global 22.3 peratus. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda