Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sepanyol mahu ‘ikat kaki’ Kroos

    STUTTGART, 5 JULAI – Jurulatih Sepanyol Luis de la Fuente berkata pasukannya mungkin perlu kreatif untuk menghentikan pemain Jerman, Toni Kroos yang dikatakan ‘kejam’ pada suku akhir Euro 2024 di Stuttgart, malam ini.

    “Kami terfikir untuk mengikat kedua-dua kaki Kroos, tetapi saya tidak pasti sama ada UEFA akan membenarkan saya,” jurulatih berusia 63 tahun itu bergurau di Stuttgart kelmarin.

    “Kami tahu bagaimana Kroos berkelakuan. Kami akan cuba dan pastikan dia tidak berpeluang menerima bola dan akan mengehadkan pilihan hantarannya,” ujarnya lagi.

    Sepanyol akan menghadapi Jerman sebagai satu-satunya pasukan di Euro 2024 yang memenangi setiap perlawanan, dengan empat kemenangan daripada empat.

    Tuan rumah Jerman bagaimanapun tidak kurang hebatnya, setelah menang tiga kali dan seri satu dalam perjalanan ke suku akhir.

    De la Fuente menggelar Kroos sebagai ‘pemain bertaraf dunia dan pemain bola sepak yang bermain pada tahap yang kejam’.

    “Dia membawa bakat, karisma dan kualiti ke dalam bilik persalinan. Keyakinan yang dia sampaikan kepada pemain lain menular dan sangat baik untuk Jerman,” katanya.

    Jerman dan Sepanyol adalah pasukan yang sama paling berjaya dalam sejarah Euro dengan kedua-duanya telah memenangi tiga gelaran Euro.

    Kapten Sepanyol Dani Carvajal, yang pernah bermain bersama Kroos di Real Madrid selama sedekad, berkata, ” saya tidak bercakap dengannya, saya akan tunggu sehingga esok. Seperti kata pengurus, saya harap kami dapat ‘mengikatnya’. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat istimewa untuknya.” – AFP

    Toni Kroos (depan) dalam sesi latihan di Herzogenaurach, Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...