MADRID, 25 MAC – Angka kematian di Sepanyol telah melepasi China hari ini dengan kematian meningkat kepada 3,434 orang selepas 738 orang lagi terkorban dalam tempoh 24 jam, kerajaan berkata. Di seluruh dunia, hanya Itali yang mencatatkan kematian tertinggi selain dari Sepanyol. Di China, di mana virus tersebut mula dikesan tahun lalu, mencatatkan 3,281 kematian.