Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol pecah rekod suhu April

    MADRID, 28 APRIL – Tanah Besar Sepanyol hari ini merekodkan suhu paling panas sepanjang April, mencecah 38.8 darjah Celsius di Cordoba, menurut data awal dari pejabat cuaca negara.

    Suhu yang direkodkan di lapangan terbang di bandar selatan Sepanyol kelmarin “akan menjadi rekod suhu tertinggi di tanah besar Sepanyol untuk bulan April”, tulis agensi cuaca negeri, AEMET di Twitter.

    ‘Data sementara’ ini masih perlu disahkan, satu proses yang boleh mengambil masa beberapa hari, kata jurucakap agensi itu kepada AFP.

    Rekod suhu tertinggi sebelum ini di tanah besar Sepanyol dicatatkan pada 2011 di timur bandar Elche yang mencecah 38.6 darjah Celsius.

    Suhu tertinggi bagi seluruh Sepanyol pada bulan April, bagaimanapun, dicatatkan pada 2013 di Kepulauan Canary di luar pantai barat laut Afrika apabila bacaan mencecah 40.2 darjah Celsius.

    Sepanyol dan negara jiran, Portugal telah dicengkam oleh gelombang habaang luar biasa, didorong oleh jisim udara yang sangat panas dan kering yang datang dari Afrika.

    Bacaan mencecah 32 darjah Celsius sejurus selepas tengah hari (1000 GMT) hari ini di Cordoba dan pusat bandar Ciudad Real.

    Suhu dijangka berkurangan pada hujung minggu. – AFP

    Gambar fail bertarikh 20 Mac 2023 menunjukkan pemandangan takungan Sau kira-kira 100 km di utara Barcelona, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda