MADIRD, 29 MAC – Sepanyol telah mengumumkan 838 kematian dalam tempoh 24 jam disebabkan oleh koronavirus, rekod tertinggi harian yang membawa kematian keseluruhan kepada 6,528 orang, menurut angka kementerian kesihatan.
Jumlah angka yang disahkan di Sepanyol telah mencecah 78,797 – selepas peningkatan sehari iaitu 9.1 peratus – dengan negara tersebut menduduki negara kedua paling teruk terjejas selepas Itali.
Angka kematian di Sepanyol semakin meningkat dari hari ke hari, melainkan pada hari Khamis lalu. Walau bagaimanapun, pegawai telah menunjukkan peningkatan yang perlahan untuk kedua-dua rekod kematian dan jangkitan kes dan meluahkan harapan bahawa kemuncak wabak telah menghampiri.
Sepanyol telah melaporkan 14,709 orang telah sembuh dari COVID-19 hari ini, peningkatan 19.7 peratus dalam tempoh 24 jam. Seperti Itali, Sepanyol kelmarin telah mengetatkan langkah untuk membendung wabak, mengarahkan berhenti ke atas semua aktiviti ‘yang kurang penting’.
“Semua pekerjaan aktiviti ekonomi yang kurang penting mesti berada di rumah untuk tempoh dua minggu,” Perdana Menteri, Pedro Sanchez berkata. Sektor kesihatan, makanan dan tenaga adalah antara yang dianggap sebagai penting. Perjumpaan kecemasan kabinet hari ini dibuat untuk memutuskan butiran langkah baharu.
Setakat ini, orang ramai di Sepanyol dibenarkan untuk meninggalkan rumah untuk ke pejabat, jika bekerja dari rumah adalah mustahil, membeli makanan atau mendapatkan penjagaan kesihatan.- AFP
