Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol rekod cuaca terpanas kedua

    MADRID, 12 APRIL – Data terbaharu Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) kelmarin menunjukkan Mac lepas merupakan bulan Mac kedua terpanas yang direkodkan di negara itu dalam abad ke-21, dengan taburan hujan paling sedikit dalam tempoh kira-kira 30 tahun.

    Walaupun cuaca membeku pada awal Mac, suhu purata bagi bulan itu ialah 11.6 darjah Celsius atau 1.8 darjah melebihi purata bagi tempoh 1991-2020, lapor Xinhua memetik AEMET.

    Rekod tertinggi 33 darjah Celsius dicatatkan di bandar Murcia di tenggara Sepanyol mana-kala suhu purata di Kepulauan Canary di luar pantai barat laut Afrika adalah tiga darjah lebih tinggi berbanding biasa. Cuaca panas dan kering juga menyumbang kepada permulaan awal musim kebakaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda