Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol rekod gelombang haba paling panas

    MADRID, 24 OGOS – Gelombang haba selama 16 hari yang dialami Sepanyol bulan ini adalah paling panas dalam rekod, kata Agensi Meteorologi Negara (AEMET) negara itu hari ini.

    Bacaan sementara untuk gelombang haba 3 hingga 18 Ogos melebihi rekod terakhir, yang ditetapkan pada Julai 2022 dan menunjukkan suhu purata 4.6 darjah Celsius (C) lebih tinggi daripada fenomena sedemikian sebelum ini, kata agensi itu pada X.

    Gelombang haba bulan ini memburukkan lagi keadaan api yang tidak terkawal di Sepanyol yang mengakibatkan kebakaran hutan yang berterusan melanda bahagian utara dan barat negara itu.

    Lebih daripada 1,100 kematian di Sepanyol telah dikaitkan dengan gelombang panas, menurut anggaran yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Institut Kesihatan Carlos III.

    Sejak bermulanya rekod pada 1975, AEMET telah mencatatkan 77 gelombang haba di Sepanyol, dengan enam daripadanya mencapai 4C atau lebih melebihi purata lima daripadanya sejak 2019.

    Para saintis berkata perubahan iklim mendorong gelombang haba yang lebih lama, lebih panas dan lebih kerap berlaku di seluruh dunia.

    AEMET berkata tempoh 10 hari dalam gelombang haba terakhir, meliputi 8 dan 17 Ogos, adalah 10 hari terpanas berturut-turut yang direkodkan di Sepanyol sejak 1950.

    Agensi itu berkata, ia adalah fakta saintifik bahawa musim panas pada masa ini lebih panas berbanding tahun sebelumnya.

    Tambahnya, setiap musim panas tidak selalunya akan menjadi lebih panas daripada yang sebelumnya, tetapi terdapat trend yang jelas ke arah musim panas yang melampau. Apa yang penting ialah menyesuaikan diri dan mengurangkan perubahan iklim. – AFP

    Anggota bomba berusaha untuk mengawal kebakaran berhampiran perkampungan Mougas, di perbandaran Oia, barat laut Sepanyol pada 22 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda