Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol tahan Puigdemont

    BRUSSELS, 1 Nov – Mahkamah tinggi jenayah Sepanyol telah menahan pemimpin pemisah Catalonia yang disingkir untuk disoal siasat sejam selepas pemimpin tersebut hadir di Brussels untuk menegaskan bahawa beliau adalah Presiden yang sah bagi kawasan yang sekarang di bawah pemerintahan Madrid.

    Mahkamah Kebangsaan di Madrid yang telah menyiasat beberapa kes jenayah terbesar telah menahan Carles Puigdemont dan 13 bekas anggota pentadbiran di bawahnya setelah ditolak oleh kerajaan pusat Sepanyol minggu lepas untuk hadir pada Khamis dan Jumaat.

    Ketua Pendakwa Raya Sepanyol berkata pemimpin tersebut menimbang dakwaan pemberontakan, hasutan dan salah guna dana awam yang membawa kepada hukuman sehingga 30 tahun penjara.

    Dalam sidang media semalam, Puigdemont berkata bahawa beliau berada di Brussels adalah untuk keselamatan dan kebebasan dan untuk menjelaskan konflik Catalan di Institusi Eropah.

    Pemimpin tersebut menyangkal bahawa beliau menuntut permohonan suaka tetapi beberapa mantan menteri yang ikut serta bersamanya akan pergi jika mereka diberi kepastian prosedur undang-undang adalah adil.

    Perdana Menteri Belgium Charles Michel berkata keberadaan Puigdmenont di negara tersebut akan dilayan seperti rakyat Eropah yang lain dengan hak dan tanggungjawab bersama.

    Mahkamah Kebangsaan memberi tempoh tiga hari kepada Puigdemont dan mantan menteri untuk membayar deposit ke atas penalti berjumlah 6.2 juta euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda