Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol tidak terima pendatang terkandas

    MADRID, 13 OGOS – Sepanyol hari ini enggan untuk mempertimbangkan permintaan daripada sebuah bot penyelamat Sepanyol yang ia memberi jaminan perlindungan kepada 31 pe-larian yang berada di kapal itu, mempertikaikan tuntutan itu tidak sah.

    Kapten Open Arms, Marc Reig, menghantar satu surat kelmarin kepada kedutaan Sepanyol di Malta meminta Madrid memberi perlindungan kepada mereka, mengatakan mereka semua ‘memenuhi syarat bagi pengiktirafan sebagai pelarian’.

    Sementara, 150 pendatang yang diselamatkan daripada beberapa buah bot di Mediterranean berada dalam kapal Open Arms, luar pantai pulau Lampedusa, selatan Itali.

    Kedua-dua Malta dan Itali enggan memberikan kebenaran bagi bot itu berlabuh dan menurunkan semua pendatang.

    Ditanya jika Madrid akan bersetuju kepada permintaan Reig, Menteri Kerja Raya, Jose Luis Abalos memberitahu televisyen swasta, Telecinco yang kapten Open Arms tidak mempunyai kuasa atau kecekapan sah’ untuk menuntut perlindungan bagi para pendatang itu. – AFP

    Antara pendatang yang diselamatkan oleh kapal penyelamat ‘Ocean Viking’, pertubuhan bukan kerajaan Perancis dalam satu operasi di Laut mediterranean pada 12 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda