Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol usir duta Korea Utara

    MADRID, 19 Sept – Kerajaan Sepanyol kelmarin memutuskan untuk mengusir Duta Besar Korea Utara ke Madrid, Kim Hyok Choi, lapor agensi berita China Xinhua.

    Kementerian Luar Sepanyol mengumumkan keputusan itu menerusi akaun twitter yang dimuat naik selepas pukul 8 malam waktu tempatan.

    Beliau perlu menamatkan tugasnya sebelum 30 September.

    Langkah itu ekoran ujian nuklear dan peluru berpandu berterusan Korea Utara dan kerajaan Sepanyol berpendapat langkah sewajarnya perlu diambil kerana program berkenaan satu ancaman serius kepada keselamatan dan keamanan dunia.

    Menteri Luar Sepanyol Alfonso Dastis berkata pada 1 September lepas Sepanyol mengarahkan Kedutaan Korea Utara mengurangkan jumlah diplomat negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda