BEIJING, 4 Mei – Kira-kira separuh daripada bangunan baru di China akan mematuhi standard bangunan hijau menjelang 2020, demikian menurut badan pengawasan pembinaan negara tersebut.
Semua bangunan kediaman bandar dan awam akan mematuhi syarat pemuliharaan tenaga menjelang 2020, dengan paras kecekapan tenaga 20 peratus lebih tinggi berbanding 2015, menurut satu pelan pembangunan bagi sektor pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, hari ini.
Kira-kira 40 peratus projek pembinaan bandar yang baru perlu menggunakan bahan-bahan binaan yang mesra alam dan menjimatkan tenaga.
Nilai pengeluaran industri binaan dijangka tumbuh sebanyak 7 peratus setahun mulai 2016 hingga 20202, menurun pelan tersebut. – Xinhua