Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Pemancha, Bandar Seri Begawan bermula hari ini hingga 2 Mac dari jam 8 malam hingga 6 pagi.
Penutupan sementara itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.