Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Separuh jalan di jambatan berdekatan persimpangan Jalan Layong, Jalan Tanjong Maya, Daerah Tutong akan ditutup sementara bermula 18 hingga 22 Julai dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang.
Penutupan sementara separuh jalan tersebut adalah untuk membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan ke jambatan berkenaan untuk dilaksanakan, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini.
Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


