Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS), hala Bandar Seri Begawan, pada 2 hingga 4 Julai bermula pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jambatan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


